Butik Bidadari, Ipoh, Perak, Malaysia.

Galeri Fesyen Terkini untuk Semua Peringkat Umur Dan Saiz Hingga 5L. Menjual Pakaian Renang Muslimah Untuk Dewasa dan Kanak-Kanak.

Monday, November 12, 2012

Bodycovered Swimsuit

BRD S/M/L/XL/XXL
RM159 (tidak termasuk postage RM6)

BODYCOVERED SWIMSUIT-bahan licra yang dibenarkan di kolam renang atau taman air, cover perut buncit, cepat kering, ringan, rambut dan kotoran air kolam tidak akan melekat di baju renang anda.

Pakaian harian anda tidak sesuai untuk dipakai semasa berenang di kolam renang terbuka kerana airnya kotor kerana ramai orang yang menggunakannya, takkan anda nak guna baju yang anda pakai tu lagi kerana mungkin ada bakteria atau kuman yang melekat pada baju tersebut kerana bakteria takkan hilang walaupun anda sudah basuh pakai sabun. Anda perlu sepasang baju renang untuk dipakai di kolam renang.

Cutting dia memang superb, boleh cover perut yang buncit atau bahagian-bahagian lain yang tidak mahu ditonjolkan, juga terdapat lapisan dalam yang melindungi tubuh anda dari kelihatan jika terselak didalam air. Boleh join extreme water park game dan swimming pool tanpa disekat. Tak perlu nak ikut saiz yang betul2 macam beli design lain. Kalau nak longgar, beli satu atau dua saiz lebih besar mengikut keselesaan.

PM UNTUK HARGA BORONG YANG MURAH, PEMBELIAN MINIMA 25SET SAHAJA.
Pertanyaan? Sila PM kami di https://www.facebook.com/BidadariCollections

Thursday, July 12, 2012

FESYEN MUSLIMAH MAMPU LINDUNG BENTUK BADAN TIDAK SEMPURNA.


Pakaian labuh hingga paras lutut mampu melindungi bahagian pinggul dan peha yang besar. Gambar ini adalah contoh yang telah di ambil dari internet.

Kesimpulannya, jika anda mahu melindungi bahagian pinggul dan peha yang besar, caranya ialah memakai blouse yang labuh. Kannnn...


USIA DAN SAIZ MEMANG PENGHALANG UTAMA.


USIA DAN SAIZ MEMANG PENGHALANG UTAMA.
Tetapi, adakah anda sanggup keluar rumah dalam keadaan selekeh?

Susahnya nak cari baju...


Kebanyakkan pakaian yang dijual di pasaran kita berukuran sangat kecil dan sesuai untuk wanita berangka kecil sahaja. Walaupun dari segi kiraan BMI anda adalah normal tetapi kesusahan untuk memilih pakaian yang dijual di pasaran amat susah. Betul tak? Akhirnya anda buat kesimpulan mengatakan diri anda gemuk dan mencari jalan untuk menurunkan berat badan anda lagi. Tetapi...setelah anda berjaya menurunkan berat badan, anda masih tidak dapat muat di dalam pakaian tersebut. Jadi akhirnya anda stress dan asyik cuba menguruskan badan anda yang sudah kurus.

Sebenarnya bentuk badan manusia terdiri dari pelbagai jenis seperti rangka kecil, sederhana dan besar. Daripada jenis rangka tersebut, terdiri dari jenis ketinggian rendah, sederhana dan tinggi. Anda harus mengetahui jenis bentuk badan anda. Sekiranya anda berangka besar dan tinggi adalah amat mustahil untuk anda menyarung pakaian yang dijual di thai fair kerana kebanyakkan pakaian di thai fair sesuai untuk wanita berangka kecil dan rendah sahaja. 

Kebanyakkan pakaian yang diimpot dari China, Vietnam dan Indonesia adalah berukuran kecil. Kenapa? Kerana pakaian tersebut direka sesuai untuk tubuh mereka yang berasal dari keturunan berangka kecil. Anda sangat beruntung jika anda dari keturunan berangka kecil seperti mereka. Kerana pakaian yang diimport dari sana adalah murah. Kenapa murah?? Hehe. Berapa banyak kain je yang mereka guna untuk membuat sehelai baju? 

Bagaimana dengan anda yang dilahirkan dari keturunan berangka besar seperti orang Arab? Tambahan pula mengikut research mengatakan penduduk Malaysia ni majoriti nya obes (selepas berkahwin)!! Kalau obes ni tahu jela... sayap besar, drumstick besar. Kebanyakkan pakaian yang direka pula mengikut ukuran badan model. 

Rungutan dan jawapan yang biasa biasa di dengar: 

R- Saya kena pakai baju jalur kebawah sahaja sebab saya besar.
J- Larat ke nak pakai baju jalur je? Dah macam banduan pulak.

R-Saya tak boleh pakai baju yang ada corak bunga besar.
J-Habis, kalau pakai corak bunga kecil dah tak perasan pulak corak tu ada gambar bunga. 

R-Saya tak boleh pakai baju labuh labuh, nampak lagi pendek.
J-Habis, kalau pakai baju yang tak menutup pinggul nampak terjojol pulak pinggul dan pehanye. Hihi 

R-Saya kena pakai warna hitam saja untuk nampak lebih kecil.
J-Takkan la asyik nak berkabung sepanjang tahun? Tambah pulak kalau ton kulit dah lebam. 

R-Saya tak boleh pakai seluar kaki kembang.
J- Tak rasa pelik ke nampak atas besar tetapi bawah kecil? 

R-Saya tak suka pakai baju longgar longgar,
J- Kalau baju terlalu kecil nampak pula spare tayar tu. Hihi

R-Saya tak suka baju kembang kat bawah.
J-Kalau baju tu tak kembang bawah, bila pakai melekat kat pinggul pulak.

Banyak lagi rungutan yang biasa di dengar dan diatas ini hanya sedikit contoh sahaja. 

Kesimpulannya di sini,

1.Pelbagaikan koleksi dan warna dalam almari anda. Barulah anda tahu apa yang sesuai untuk anda. 

2.Anda boleh menyesuaikan tudung, kasut dan beg tangan yang sesuai untuk mengalih pandangan orang terhadap anda di bahagian tertentu.

2.Jangan bersedih kerana anda tidak ada bentuk badan dan rupa paras yang cantik seperti model. Anda adalah anda, setiap orang ada kecantikkan tersendiri. Ukuran untuk wanita bukan kecantikkan luaran tetapi akhlaknya. hehe

3.Jangan la disebabkan anda tunggu anda kurus dahulu, anda memilih untuk tidak membeli dan memakai baju yang sama berulang kali sehingga pudar warnanya. hehe. 

Kenapa Bidadari Collections memilih model dari kalangan orang biasa untuk memperaga koleksi pakaian kami? Anda lihat sendiri gambar mereka setelah memakai koleksi pakaian kami. Cantik kan..... Bukan untuk berjimat, tetapi untuk memberitahu anda.... yang..... 

KAMI PAKAR MENCANTIKKAN ANDA. 

P/s Kami sibuk mencantikkan orang lain.

KOLEKSI TERBAIK UNTUK PENAMPILAN TERBAIK

:) Assalamualaikum, disebabkan ramai yang berminat untuk membeli secara on9 dengan kami, kami telah upload produk on9 sulung kami untuk kami kongsi dengan anda. Sila komen atau inbox kami sekiranya berminat. Thanks.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.332657763485380.78008.172850159466142&type=1








CIRI CIRI PENGGUNA BIJAK


Memilih perkhidmatan dan layanan terbaik.
Membeli barangan berkualiti dan tahan lama.
Membuat perbandingan harga sebelum membeli.
Buat perbandingan harga promosi yang ditawarkan peniaga.
Membuat pilihan yang tepat dan sesuai dengan keperluan.

BEG KERTAS ATAU BEG PLASTIK

Pada suatu hari.....

Seorang pelanggan ni masuk ke butik kami. Beliau membeli beg tangan yang amat cantik dan kelasss dengan harga RM49.90 sahaja. Masa nak bayar..Ambil beg plastik kami dan beliau merungut... Ingatkan paperbag tadi.

Kami hanya diam, memberikan senyuman dan mengucapkan terima kasih. Dalam hati kami... comel ape beg plastik kami...

Moral dari cerita ini....

1.Kami cuba untuk menjimatkan kos dan memberikan pelanggan produk yang kelasss dengan harga yang amat berpatutan konon2 macam airasia. hihihi
2.Anda mahu paperbag atau harga murah?
3.Kami amat profesional melayan pelanggan kami.
4.Harap pelanggan dalam cerita diatas happy dan datang lagi. :)
5.Kami terima complain tersebut dan akan mengadakan paperbag secepat mungkin. hehe

No FUSSY customer

"Strictly for serious buyers only. No FUSSY customer."
Selalu kita nampak ayat macam ni kat kedai on line samada dalam facebook atau blog.

Tetapi di Bidadari Collections, kami melayan semua pelanggan sama rata tak kira la dia tu fussy customer atau pun polite customer. Samada dia serious nak beli atau nak window shopping saja.

Tuesday, June 26, 2012

Asssalamualaikum,

Anda boleh melihat gambar koleksi fesyen kasual muslimah dengan klik ruangan photos dalam facebook. Walaubagaimanapun koleksi di dalam gambar adalah beberapa peratus sahaja dari koleksi sebenar kami. Koleksi kami sentiasa bertukar ganti dengan cepat. Terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa support Bidadari Collections. Kami sentiasa cuba memberi servis dan koleksi yang terbaik dan semoga Allah murahkan rezki anda, gembira dan sentiasa yakin bergaya tidak kira apa saiz anda.

Saturday, April 14, 2012

Jualan Diskaun Khas

April 16 at 9:30pm until April 22 at 10:30pm

1.Butik Bidadari Collections, Lot G6, Giant Hypermarket Bercham.
(sebelah pintu masuk tempat letak kereta berbumbung)
2.Butik Bidadari Collections, Lot A22, Giant Superstore Sunway City.
(depan pintu masuk sebelah restoran Marrybrown)
3.Kios Bidadari Collections, SP14, Giant Superstore Sunway City.
(depan pintu masuk sebelah restoran Pizza Hut)